Istilah Bahasa Asing Magical_Girl_Lyrical_Nanoha

Lost Logia

  • Lost Logia ataupun dalam bahasa Melayu, Khazanah Logia yang Hilang
Lost Logia ialah item yang mempunyai kuasa magis yang tinggi dalam dunia Magical Girl Lyrical Nanoha. Lost Logia ialah legasi ataupun khazanah yang ditinggalkan oleh Ancient Belka @ Kerajaan Kuno Ancient Belka yang telah lama runtuh dan hilang dan generasinya digantikan oleh Kerajaan Mid Childa. Lost Logia amat berbahaya sekiranya jatuh ke tangan orang yang berniat jahat. Oleh sebab itu Jabatan Angkasa Bureau berusaha untuk mengumpul kembali semua jenis Lost Logia. Contoh bagi Lost Logia ialah Jewel Seed, Buku Kezaliman, Relic, The Saint Cradle dan Bible Of Silver Cross.

Jewel Seed

Jewel Seed
  • Jewel Seed (ジュエルシード, Juerushīdo)
Jewel Seed banyak disebut di musim pertama ini. Ianya ialah sebahagian daripada Lost Logia. Jikalau menyebut Lost Logia, semestinya ia ialah artifak kuno yang mempunyai kuasa besar. Jewel Seed menjadi rebutan bagi Fate testarossa dan Takamachi Nanoha. Yuno yang berada di pihak Nanoha ingin mengumpulkannya untuk tujuan penyelidikan, manakala Precia Testarossa pula mengumpulkannya bagi tujan diri sendiri untuk menuju ke Al Hazard. Kadangkala perkataan Jewel Seed digantikan dengan perkataan Lost Logia.

Familiar

Senarai Familiar Arf dan Yuno
  • Familiar (使い魔ード, tsukaima)
Familiar disebut daripada siri musim pertama lagi. Familiar ialah ciptaan magical oleh seorang Mage yang mengambil form binatang. Seorang mage perlu memisahkan jiwa binatang tersebut dengan menggunakan Mana yang mereka ada dengan membentuk satu form manusia yang lain. Setelah itu, satu perjanjian akan ditandatangani antara Master dan Familiar. Kebanyakan Familiar amat menyayangi tuannya dan sanggup berkorban nyawa demi Tuan mereka. Dalam sistem Guardian Knight, Familar dikenali sebagai Guardian Beast. Contoh familiar ialah Arf Testarossa, Linith Testarossa, Yuno Scrya, Aria, Lotte dan Zafira.

Mid Childa

Apabila disebut mengenai Mid Childa, ianya terbahagi kepada dua maksud iaitu nama tempat dan juga sistem kuasa
  • Lokasi Mid Childa (ミッドチルダ, Middochiruda)
Jikalau melihat daripada nama tempat, Mid Childa ialah tempat yang terletak di tengah tengah dimensi. Mid Childa terbentuk apabila runtuhnya Kerajaan Kuno Ancient Belka yang hilang. Kawasan Mid Childa merangkumi pelbagai dimensi lain, contohnya Al Hazard, Garden Of Time, dan Lokasi Jabatan Bureau. Segala yang berkaitan dengan dimensi Bumi itu bukanlah Mid Childa. Contohnya Bandar Uminari dan Kedai Kek Midoriya. Mid Childa digambarkan sebagai tempat yang mempunyai teknologi yang tinggi di mana kebanyakan rutin harian penduduknya menggunakan mesin. Sistem Mid Childa
  • Sistem Kuasa Mid Childa (ミッドチルダ式, Middochiruda Shiki)
Sistem Mid Childa ialah salah satu sistem kuasa dalam dunia Takamachi Nanoha. Kesemuanya terdapat tiga jenis kuasa iaitu Mid Childa, Ancient Belka dan Modern Belka. Sistem Mid Childa lebih menjurus kepada penembakan dan serangan bom. Contoh mereka yang menggunakan sistem ini ialah Nanoha, Fate testarossa, Precia Testarossa dan Teana Lanster.

Mage

  • Mage ataupun dalam bahasa Melayu ialah ahli sihir
Kebanyakan filem anime amat menekankan aspek sihir, ataupun magical. Orang yang berpengetahuan dan mengamalkan sihir ialah seorang Mage.

Mana

  • Mana魔力 (Maryoku)
Mana ialah tenaga sihir yang kuat, yang hanya ada pada seorang Mage, ataupun seorang Master kepada Servant. Contohnya Fate/stay night yang begitu menuntut seorang Master mempunyai sebanyak Mana yang mungkin untuk Servant nya.